Kelas M.Excel dan Kemahiran Insaniah

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Mac 2020, seramai 9 orang ahli Pusat Internet Kg Stungkor Baru yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah menyertai Kelas M.Excel dan Kemahiran Insaniah. Mereka telah diajar cara membuat graf menggunakan data yang telah diberikan dan menganalisis graf tersebut. Mereka turut didedahkan dengan 7 elemen penting kemahiran insaniah. Aktiviti radio buruk, teka benda dan menjawab teka-teki telah dijalankan untuk menguji kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Mereka turut diberikan taklimat ringkas berkaitan Klik Dengan Bijak dan advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali